Rabu, 28 November 2007

Beresipi kasih

Dia merangkak;
Kebuluh
Akan hidangan
Yang beresipi kasih
Dan dihiasi kegirangan

Namun tubuhnya berbisa
Kesakitan dada

Dengan satu suntikan sahaja,
Setiap saluran darah
Diliputi racun
Hilang rasa hiba dan duka lara

Dia mengecilkan tubuhnya
Di bawah sinaran lampu minyak tanah
Merintihi nasib malang yang menimpanya
Terus dipejam matanya
Ternganga mulutnya

Tiada lagi kedengaran debaran jantung
Tiada lagi hembusan nafas
Yang tinggal,
hanya sekadar sebuah penyuntik dalam genggaman
dan sekeping foto kekasih
Bergamit nostalgia

-----------------------------------------------------------------------------
'Bergamit nostalgia'
Hmm...
Betul atau salah?

Jumaat, 23 November 2007

Pendidik Millenium - Watak & Perwatakan

Pendidik Millenium -
Purnama Senja
Penerbit - Asas 50
Cerpen ciptaan Muhammad Khairool Haque



Watak & Perwatakan

  • Hakim
Hakim memainkan watak yang berupa tegas dan berani. Kawan-kawan sekelasnya sangat berbeza dengan Hakim kerana tidak mempunyai sifat ini. Mereka sangat gentar dan marah terhadap Cikgu Halim tetapi tidak berani berbuat apa-apa. Hakim, pada masa yang sama, bertekad untuk memberanikan diri untuk menghadapi segala cabaran. Ini terbukti kerana dia sudah berani menentang kata-kata Cikgu Halim sewaktu perdebatan yang telah berlaku. Walaupun dia dipandang sebagai seorang yang biadap oleh Cikgu Halim, dia tidak mahu menyerah kalah kerana padanya, dia hanya menegakkan kebenaran. Namun, Cikgu Halim tidak mahu menyerah kalah. Apabila Hakim diusir daripada bilik darjah oleh Cikgu Halim, Hakim tetap bersabar, malah berasa lebih gembira kerana tidak akan berada dalam kelas bersama guru yang amat dibencinya itu. Malah, dia berani untuk mengucapkan terima kasih kepada Cikgu Halim kerana telah diusir semata-mata untuk menyindir Cikgu Halim.

Selain itu, Hakim juga merupakan seorang penyabar. Sudah lama dia bersabar dengan sikap Cikgu Halim yang selalu memarahi muridnya tanpa sebab. Sekuat-kuat genggaman tangannya dan setajam mana kata-kata Cikgu Halim, dia tetap berjaya menahan kemarahannya. Sebagai seorang penyabar, dia sudah lama mendiamkan diri. Walau bagaimanapun, kesabarannya hilang apabila Cikgu Halim memarahinya dengan mengalaskan bahawa karangan Hakim yang mengaitkan sejarah Islam itu tidak munasabah.

Hakim bukan sahaja disifatkan sebagai seorang yang berpendidikan dalam sekolah, malah dia juga berpendidikan dari segi agama. Dalam cerpen ini, Hakim menulis sebuah karangan yang dikaitkan dengan sejarah Islam. Dalam karangannya, dia menyatakan tentang zaman Rasullullah (s.a.w) di mana semua orang menikmati keamanan bersama dengan kaum Yahudi yang sering menjejas keamanan tersebut. Di sini, Hakim mengaitkan perkara ini dengan kehidupan di Singapura, negara yang berbilang bangsa. Ini menunjukkan bahawa Hakim mempunyai ilmu agama yang tebal.

Hakim bijak dan tajam dalam pemikirannya. Dia tidak akan membiarkan dirinya ditipu oleh gurunya, Cikgu Halim. Sewaktu Cikgu Halim memarahi semau murid-muridnya di dalam kelas, dia mengatakan bahawa dia penat menyemak buku-buku kerja muridnya. Dengan secara tiba, Hakim sedar bahawa Cikgu Halim tidak pernah menyemak buku-buku kerja mereka. Dia membuka begnya dengan segera, melihat buku kerjanya yang telah disimpan di situ sekian lama. Hakim bukanlah seseorang yang mudah terpedaya dengan helah Cikgu Halim.

Akhir sekali, Hakim merupakan seorang murid yang selalu mempertahankan dirinya dan mahukan kepastian atau keadilan. Hakim menyahut cabaran Cikgu Halim yang memarahinya tanpa sebab kerana tidak mahu dirinya diperbodohkan atau dipermainkan oleh Cikgu Halim. Dia tidak mahu menjadi bahan ketawa atau melepaskan geram bagi Cikgu Halim. Oleh itu, dia berasa lebih berani untuk mempertahankan dirinya lalu melawan kata-kata gurunya itu. Hakim pernah berniat untuk membuat aduan kepada pengetua sekolah iaitu Ms Wong. Dia lebih rela mengadukan perkara tentang Cikgu Halim kepada Ms Wong daripada terus bermusuhan atau bertentangan dengan Cikgu Halim di dalam kelas. Namun, Ms Wong menghalaunya keluar daripada bilik pengetua sebelum dia sempat menjelaskan sebab kehadirannya.


  • Ms Wong
Dalam cerpen ini, Ms Wong merupakan seseorang yang manja dan miang. Cara pertuturannya dengan Cikgu Halim yang manja (sebagaimana digambarkan oleh penulis) mencerminkan sifatnya itu. Selain itu, Ms Wong sendiri yang mengajak Cikgu Halim untuk melakukan zina. Di sini, ia terbukti bahawa Ms Wong merupakan seorang yang mempunyai nafsu yang kuat. Dia juga tidak teragak-agak untuk membuatnya lagi. Cikgu Halim yang berasa cemas kerana takut jika ada orang yang memerhatikan mereka berdua. Namun, Ms Wong tidak mempedulikan perasaan Cikgu Halim, mungkin kerana dia terlalu suka dan seronok dengan jambatan yang dititi mereka berdua.

Sebagai seorang pengetua, seseorang itu haruslah bersikap profesional dan rasional. Namun demikian, Ms Wong tidak memiliki nilai-nilai yang patut disemai dalam dirinya. Ketika Hakim hendak mengadukan tentang kelakuan Cikgu Halim yang kurang munasabah, dia dihalau dengan serta-merta oleh Ms Wong, tanpa diberi sebarang peluang untuk menyuarakan masalah atau pendapatnya. Jelas ternyata sikap Ms Wong yang tidak rasional itu. Dia juga telah menjalinkan hubungan peribadi dengan Cikgu Halim, seorang guru yang berada di bawah pimpinannya. Jika perkara ini diketahui oleh murid-murid atau khayalak ramai, nama baiknya dan sekolahnya pasti tercemar akibat perbuatannya yang hina itu.


  • Cikgu Halim
Cikgu Halim merupakan seseorang yang tidak bertanggungjawab sebagai seorang guru. Dia tidak menjalankan tanggungjawabnya dengan baik. Di dalam cerpen ini, penulis menyatakan bahawa dia seorang guru yang memilih pekerjaan itu hanya kerana gajinya yang lumayan. Ini membuktikan bahawa Cikgu Halim tidak ikhlas dalam kerjayanya kerana hanya mementingkan gaji sahaja, tanpa menghiraukan ilmu pengetahuan dan nilai-nilai yang harus disemai dalam diri murid-muridnya. Selain itu, Cikgu Halim ialah guru pertama yang meninggalkan bangunan sekolah. Jika difikirkan dengan betul, ini bermakna Cikgu Halim tidak membuat usaha untuk menyemak buku kerja di sekolah atau mengadakan kelas tambahan bagi murid-muridnya yang lemah dalam bahasa Melayu. Cikgu Halim juga meninggalkan kelas setengah jam sebelum kelas tamat. Dia memberi alasan kepada murid-muridnya bahawa dia penat menyemak buku kerja mereka sedangkala dia sedang berbohong. Dia juga memberikan sebuah kertas latihan kepada mereka untuk dibuat di rumah. Hakim mendapati kertas itu sukar diselesaikan kerana belum lagi diajar oleh Cikgu Halim. Ini membuktikan bahawa Cikgu Halim tidak melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang guru kerana tidak mengajar anak muridnya dengan betul.

Cikgu Halim juga merupakan seorang yang bengis dan garang. Dalam cerpen ini, penulis menyatakan 'keningnya tebal menggambarkan hatinya yang juga tebal'. Ini menggambarkan bahawa Cikgu Halim tidak berhati mulia. Selain itu, nada suaranya semasa berbual dengan murid-muridnya amat tinggi bahkan membuat murid-muridnya berasa takut dan gentar untuk melawan kata-katanya yang tajam. Murid-muridnya amat membenci perangainya, terutama sekali Hakim. Dia juga sering memarahi mereka tanpa sebarang alasan.

Terakhir sekali, Cikgu Halim merupakan seseorang yang mempunyai nafsu yang kuat, sama seperti Ms Wong. Nafsunya yang kuat jelas nyata kerana melakukan zina bersama Ms Wong, pengetua sekolahnya sendiri. Ini juga membuktikan bahawa meraka berdua seperti tiada harga diri kerana rela melakukannya di bilik pengetua juga. Ini kelakuan yang terkutuk dan jijik. Setelah Ms Wong memberikan kepastian bahawa tiada orang yang melihat mereka berasmara pada hari semalamnya, Cikgu Halim semakin menjadi-jadi. Nafsunya semakin merumbu-rumbu dan di dalam benak fikirannya, dia mahu melakukan perbuatan itu lagi. Sudah ternyata bahawa nafsunya begitu kuat sehinggakan rela mengulangi penjelajahan semalamnya.

--------------------------------------------------------------------------------------------------

Sebenarnya, dari dahulu saya dah buat.
Cuma belum post.
Sorry ye.

Jumaat, 9 November 2007

Assalamualaikum.

Mengata dulang paku serpih,
Mengata orang awak yang lebih.



Pengajaran:
Tidak usah mengata atau mengutuk orang lain,
apabila diri kita sendiri apa kurangnya.
Tiada sesiapa dalam dunia ini yang sempurna melainkanNya.
Kita, sebagai manusia, pasti mempunyai kelemahan dan kekuatan masing-masing.
Natijahnya, janganlah kita mengata tentang kelemahan orang lain,
kerana mana tahu, nanti orang lain pula yang mengata tentang awak! :O
Seperti istilah Inggeris... "What goes around comes around"... You know??
So.....................
Apa kata kita ubah perangai atau sifat buruk kita dahulu!
Ok?
'Happy'?
Olrite?
Setuju?




OK OLRITE BAIK AH.
SUDAH ADA TAGBOARD!
..
...
....
.....

Wassalam

Selasa, 6 November 2007

Sastera

Assalamualaikum (:

Blog ini khas untuk tugasan sastera sahaja.
YAY!