Isnin, 30 Ogos 2010

Suaramu yang mersik kini menjadi suatu kenangan,
Tidak akan tandus,
Bukanlah abus.
Kerana setiap ayat kitab suci menjadi
Santapan minda :)

Sabtu, 31 Mei 2008

[27 Mei]

Salam.


Pada hari Selasa lalu (27 Mei 2008), Herianti, Musfirah, Nabilah, Azlin dan saya telah ke Maktab Rendah Innova di sempena Bulan Bahasa '08.
Saya kurang pasti apakah nama sebenar acara itu, tetapi ianya dikendalikan oleh Kementerian Pendidikan (MOE).
Kumpulan MAN (Musfirah, Azlin, Nabilah) seharusnya membentangkan pencerakinan sajak-sajak daripada Antalogi Anak Laut, namun, masa tidak mengizinkan. Lantas, hanya Herianti sahaja yang berpeluang untuk 'tangkap glamour' di depan beberapa orang yang telah hadir pada hari itu.

Ok, sebenarnya, pada hari itu, Cikgu Sazali memberikan sedikit pengenalan tentang Kesusasteraan. Beberapa guru turut hadir dan boleh saya katakan dan meyakinkan Cikgu di sini, bahawa penyampaian cikgu amat berkesan! :D

Baiklah...
Saya akan menurun muatkan beberapa gambar :D



IJC





Pelajar-pelajar Menengah 3 yang gigih berlatih untuk persembahan mereka pada hari itu.



alah payung lah payung ketipah payung
hahaha!



Booth kami




Musfirah the Minah Payung.




Semasa perucapan Cg.



Alamak!
Cikgu macam nak terkam guru yang di depan tu!
Hahaha alahai, minta maaf ye...
Takut-takut sebab gambar di atas ini, kena potong markah!
Hahaha ish takdalah... Main-main je.



Setakat itu sahajalah...
Semoga berjumpa lagi.
Hahaha :]


Wassalam.

Khamis, 22 Mei 2008

Sastera ppt: Derita Pertama.

Sila ke lelaman berikut untuk memuat turunkan pembentangan sastera sajak Derita Pertama.


http://myfreefilehosting.com/f/3e79d1ce02_0.04MB

Ahad, 18 Mei 2008

Ceramah Sabtu, 17 Mei 08:

Salam.

Alhamdulillah,
syukur kepada Allah s.w.t kerana memberikan saya peluang untuk menghadiri sebuah ceramah yang sungguh memanfaatkan.
Pada hari Sabtu yang lalu, beberapa pelajar-pelajar Menengah 4 daripada Sekolah Tinggi Pemerintah Bukit Panjang dan beberapa lagi sekolah seperti Sekolah Menengah Hillgrove, Sekolah Menengah Fajar dan lain-lain lagi, menghadiri ceramah Motivasi bagi Pelajar-pelajar O Levels.

Boleh saya katakan, deklamasi sajak 'Sekecil Zarah' sangat baik!
Sajaknya bermutu tinggi dan mempunyai makna yang sangat mendalam dan meninggalkan kesan yang mendalam buat saya.
Syabas!

Ustaz Fatris Bakaram juga membicarakan tentang isu-isu yang berkaitan dengan remaja-remaja seperti kami, seperti BGR, isu-isu kekeluargaan, dll.
Beberapa murid juga sempat mengajukan soalan pada Ustaz Fatris.

Beliau sangat lucu dan tidak membosankan langsung.
Namun, saya berasa sangat terharu dengan doa yang kami semua 'aminkan' pada akhir ceramah itu.
Ya, saya sedar bahawa kadang-kala saya terlalu mengagungkan buku teks sehingga melupakan kewajipan sebagai seorang Muslim.
Ya Rab, ampunilah dosa-dosaku :/ Aku tidak akan berbuat begitu lagi :/

Akhir kata, mari kita sama-sama memimba ilmu dunia dan juga ilmu akhirat,
dan tetapkanlah matlamat hidup kerana tanpanya, kita tidak mempunyai arah tujuan hidup yang lurus.

Sekian, wassalam.


*Maaf, gambar-gambar hanya Aisyah yang ada :/



Rabu, 20 Februari 2008

Kehilangan.

Tidak lama lagi
dia akan kembali
dan tidak lagi bersemayam di bumi
kerana terowong hidupnya akan menemui jalan mati
harus berhadapan dengan Illahi

Tangan yang diselaputi urat jalur tua
terketar-ketar menyelak halaman kitab suci yang Esa
Degupan hatinya masih berbicara
tetapi entah sampai bila

-

Aku rindu menatap wajahnya
Juga rindu kelantangan suaranya
Kini raut muka itu hanya bermain-main di minda
Hanya tinggal kenangan sahaja
Sedu-sedan, gundah-gulana
Mataku masih berbalam, dengan liputan air mata

Ku hadiahkan Al-Fateha
Semoga Allah ampunkan dosa-dosanya
Ringankan seksaan api neraka
Yang ku tahu, dia berada di sisiku, buat senantiasa.

-------------------------------------------------------------------

.Atiqah Sarkawai.

Ahad, 3 Februari 2008

Aku tak berhak bercinta...

Tanda tanya menjajahi serebrummu
Di manakah dia?
Apa yang sedang dia lakukan?
Dia berada jauh di mata
Namun bayangannya berada di mana-mana

Engkau tak berhak bercinta
Kamu berdua berlainan jiwa
Bibirnya tidak pernah mengukirkan senyuman
Namun matanya bercahayakan bulan
Pabila engkau menatap wajahnya
Duniamu berpusar indah

Namun engkau tak berhak bercinta
Engkau masih seorang wanita muda
seorang pelajar
Engkau tak harus ketagihkan kasih sayang
seperti seorang betina
Tetapi orang lain juga bercinta
Orang lain juga mempunyai jiwa
Jadi apa salahnya?

Namanya tetap terukir di hatimu


.Atiqah Sarkawai.
02/02/08 23:13

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Haish... Sedih eh...
Aku masih seorang pelajar.
Belum matang,
belum mengenal erti cinta.
Masih muda lah katakan...
Biarlah Allah menentukan segala-galanya.
*Ahemahem*


Ok mari kita memberikan konsentrasi sepenuhnya pada pelajaran di sekolah bagi Peperiksaan peringkat 'O'!
Namun, pelajaran/pendidikan itu tidak terhad pada buku teks sahaja.
Mari kita menyumbat dan menelan ilmu pengetahuan supaya tidak menjadi seperti unta yang menyerah diri.

Oh ya, sebelum saya lupa dan terus menceceh tak habis-habis,
saya baru sahaja berjinak-jinak dengan sajak,
dan saya berharap dengan bantuan anda, setiap kesilapan saya boleh dibetulkan,
supaya ianya tidak akan diulangi.
Sekian, wassalam.