Ahad, 3 Februari 2008

Aku tak berhak bercinta...

Tanda tanya menjajahi serebrummu
Di manakah dia?
Apa yang sedang dia lakukan?
Dia berada jauh di mata
Namun bayangannya berada di mana-mana

Engkau tak berhak bercinta
Kamu berdua berlainan jiwa
Bibirnya tidak pernah mengukirkan senyuman
Namun matanya bercahayakan bulan
Pabila engkau menatap wajahnya
Duniamu berpusar indah

Namun engkau tak berhak bercinta
Engkau masih seorang wanita muda
seorang pelajar
Engkau tak harus ketagihkan kasih sayang
seperti seorang betina
Tetapi orang lain juga bercinta
Orang lain juga mempunyai jiwa
Jadi apa salahnya?

Namanya tetap terukir di hatimu


.Atiqah Sarkawai.
02/02/08 23:13

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Haish... Sedih eh...
Aku masih seorang pelajar.
Belum matang,
belum mengenal erti cinta.
Masih muda lah katakan...
Biarlah Allah menentukan segala-galanya.
*Ahemahem*


Ok mari kita memberikan konsentrasi sepenuhnya pada pelajaran di sekolah bagi Peperiksaan peringkat 'O'!
Namun, pelajaran/pendidikan itu tidak terhad pada buku teks sahaja.
Mari kita menyumbat dan menelan ilmu pengetahuan supaya tidak menjadi seperti unta yang menyerah diri.

Oh ya, sebelum saya lupa dan terus menceceh tak habis-habis,
saya baru sahaja berjinak-jinak dengan sajak,
dan saya berharap dengan bantuan anda, setiap kesilapan saya boleh dibetulkan,
supaya ianya tidak akan diulangi.
Sekian, wassalam.

4 ulasan:

odung. berkata...

waaaah! so emo ah atiq! takpe. kite baru 16. takyah nk cintan-cinton k! ahahha, kau p blah ngan ed westwick (?) kau sudah. ahhahaa.

atiq. berkata...

ahaha chill ah babe. ni baru satu seh. belum lagi letak sajak-sajak lain yang aku da tulis dan tidak mengetengahkan soal cinta. Insyaallah kalau aku ada masa, aku akan cuba letak lah ye. ahaa

MUSE \M/ berkata...

GOOD JOB MAN! kau nye sajak are like way better than mine.


hahah tk senyum eh? tkpelah, senyum je pat aku lebih2. sedekah.

atiq. berkata...

ahaha mana ada...
Semua orang ada pandangan dan pemikiran yang berbeza pe...
Kau nye sajak pun bagus belaka! chey... Write more lah wei... I'd love to see your sajak-sajak/puisi/karya :D Aku *ehem* kasi kau *ehem* inspirasi.