Ahad, 18 Mei 2008

Ceramah Sabtu, 17 Mei 08:

Salam.

Alhamdulillah,
syukur kepada Allah s.w.t kerana memberikan saya peluang untuk menghadiri sebuah ceramah yang sungguh memanfaatkan.
Pada hari Sabtu yang lalu, beberapa pelajar-pelajar Menengah 4 daripada Sekolah Tinggi Pemerintah Bukit Panjang dan beberapa lagi sekolah seperti Sekolah Menengah Hillgrove, Sekolah Menengah Fajar dan lain-lain lagi, menghadiri ceramah Motivasi bagi Pelajar-pelajar O Levels.

Boleh saya katakan, deklamasi sajak 'Sekecil Zarah' sangat baik!
Sajaknya bermutu tinggi dan mempunyai makna yang sangat mendalam dan meninggalkan kesan yang mendalam buat saya.
Syabas!

Ustaz Fatris Bakaram juga membicarakan tentang isu-isu yang berkaitan dengan remaja-remaja seperti kami, seperti BGR, isu-isu kekeluargaan, dll.
Beberapa murid juga sempat mengajukan soalan pada Ustaz Fatris.

Beliau sangat lucu dan tidak membosankan langsung.
Namun, saya berasa sangat terharu dengan doa yang kami semua 'aminkan' pada akhir ceramah itu.
Ya, saya sedar bahawa kadang-kala saya terlalu mengagungkan buku teks sehingga melupakan kewajipan sebagai seorang Muslim.
Ya Rab, ampunilah dosa-dosaku :/ Aku tidak akan berbuat begitu lagi :/

Akhir kata, mari kita sama-sama memimba ilmu dunia dan juga ilmu akhirat,
dan tetapkanlah matlamat hidup kerana tanpanya, kita tidak mempunyai arah tujuan hidup yang lurus.

Sekian, wassalam.


*Maaf, gambar-gambar hanya Aisyah yang ada :/



Tiada ulasan: